Iklan

Iklan Untuk DIsewa

Confirm Ker Ahli Keluarga Anda Selamat?

Confirm Ker Ahli Keluarga Anda Selamat?

Mesti Baca : Panduan Pihak Berkuasa Tentang Jenayah Pecah Rumah

gadget-pro | 9:31 PTG | 0 ulasan

Panduan Pihak Berkuasa Tentang Jenayah Pecah Rumah


Setiap daripada kita boleh mengurangkan risiko rumah dari dicerobohi dengan mengurangkan peluang untuk penjenayah berbuat demikian. Jika anda tinggal di apartmen atau flat jangan biarkan tanggungjawab keselamatan anda pada penyelia bangunan atau pengawal sahaja. Bersama anda dan jiran anda boleh bekerjasama mengurangkan jenayah di dalam bangunan atau kawasan 
perumahan anda.



 Keselamatan di lobi apartmen
  • Sesiapa yang tidak dikenali atau disyaki cuba untuk memasuki bangunan anda mestilah dilaporkan kepada Pengurusan atau pengawal keselamatan
  • Jangan benarkan orang yang tidak dikenali atau tidak mempunyai pas untuk memasuki bangunan sewaktu anda masuk atau keluar dari bangunan. Bekerjasama dengan jiran yang lain dengan memastikan pintu-pintu utama sentiasa berkunci
  • Guna nama pendek (bukan nama penuh) anda sahaja pada direktori lobi, loceng pintu, peti pos dan direktori telefon
Keselamatan pintu
  • Kunci rantai tidak begitu selamat – pasang lubang kanta pintu dan jangan sesekali buka pintu kepada orang yang tidak dikenali
  • Jangan biar pintu terbuka, walaupun hanya sebentar untuk membuang sampah
  • Jangan tinggalkan apa-apa nota pada pintu atau direktori lobi
  • Jika anak kunci hilang, tukar mangga pintu
  • Jika anda terlihat orang tidak dikenali membawa keluar barangan daripada rumah jiran, hubungi pengawal keselamatan atau penyelia bangunan. Jika tiada maklumbalas, hubungi 999
Keselamatan di lif
  • Perhatikan siapa berada di dalam lif sebelum masuk
  • Jangan masuk ke dalam lif jika anda berasa tidak selamat – tunggu giliran lif lain
  • Bila berada di dalam lif, berdiri di sebelah panel kawalan
  • Jika sesiapa yang disyaki masuk dalam lif, keluar sebelum pintu lif tertutup
Jika jenayah telah dilakukan
  • Jangan masuk ke dalam rumah – penjenayah mungkin masih di dalam
  • Guna telefon jiran dan hubungi 999
  • Jangan sentuh atau bersihkan apa-apa sehingga polis telah memeriksa bahan bukti
  • Ambil nombor kenderaan sesiapa yang disyaki
  • Ambil maklumat rupa diri orang yang disyaki

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 ulasan