Nak Tahu 10 Sebab Rumah Anda Dipecah Masuk?
10 Sebab Rumah Anda Dipecah Masuk
Mungkin
agak terlambat untuk kita membincangkan perkara ini memandangkan musim
perayaan terbesar negara kita sudah pun tamat. Tetapi ianya tidak
terlambat untuk kita membincangkan sebab-sebab sesebuah rumah itu
dipecah masuk. Statistik menunjukkan kes-kes pecah masuk semakin
meningkat kerana kealpaan pemilik rumah untuk mengambil langkah-langkah
keselamatan bagi mengelakkan rumah mereka dipecah masuk. Rumah saya
hampir dipecah masuk, tetapi pencuri hanya dapat masuk ke laman rumah
dengan memotong pagar dawai. Tetapi setelah disiasat, rumah tidak ada
tanda-tanda dipecah masuk dan tiada barang yang hilang, termasuk
besi-besi seperti cangkul, kereta tolak dan basikal yang terletak di
luar. Alhamdulillah. Sejak dari itu kami lebih mengambil berat terhadap
aspek-aspek keselamatan rumah kami. Baiklah, di sini saya senaraikan
beberapa sebab rumah anda menjadi sasaran pecah rumah.
1. Menyorokkan kunci pendua. Pencuri kini lebih arif mengenai lokasi-lokasi yang mungkin digunakan oleh tuan rumah seperti di dalam kasut, di bawah alas kaki, di dalam kotak surat dan lain-lain lagi. Sebalikkan anda perlu memberikan kunci pendua kepada jiran atau saudara-mara terdekat yang dipercayai.
2. Memaklumkan di dalam laman sosial mengenai percutian keluarga. Ini adalah satu perbuatan yang kurang bijak. Ini kerana di dalam laman sosial, ramai yang dapat membaca status anda. Mereka akan menggunakan maklumat ini untuk merancang jenayah pecah rumah terhadap anda.
3. Membuang kotak perkakasan elektrik di luar pagar. Perbuatan ini seolah-olah memberitahu orang ramai "Oii.... aku ada tv baru!". Ramai yang berbuat begini, tak tahu la samada nak menunjuk atau malas. Sebaiknya anda koyakkan kotak tersebut dan ikat bersama secara terbalik. Ini bagi mengelakkan orang melihat kotak apakah itu.
4. Meletakkan tangga mudah alih di luar rumah. Pencuri boleh menggunakan tangga ini untuk memanjat atap rumah anda di mana ianya adalah tempat yang paling mudah dipecah masuk. Simpan tangga anda di dalam rumah ataupun stor yang berkunci.
5. Membiarkan rumah anda gelap-gelita. Rumah yang tidak mempunyai pencahayaan luar yang cukup menjadi sasaran kegemaran pencuri. Ini kerana mereka boleh melakukan 'kerja' mereka tanpa dilihat orang jiran tetangga. Ganti mana-mana mentol yang telah terbakar dan terangilah rumah anda dengan lampu-lampu. Jangan kedekut kerana ianya mungkin boleh menyelamatkan rumah anda.
6. Terlalu banyak pokok-pokok yang tinggi/lebat. Rumah yang terlalu banyak pokok-pokok yang tinggi/lebat membolehkan pencuri menyembunyikan diri di celah pokok-pokok tersebut. Seeloknya tanam pokok-pokok pasu ataupun trim pokok-pokok yang ditanam supaya tidak menjadi terlalu tebal.
7. Pintu dan tingkap tanpa ciri-ciri keselamatan. Kebanyakan rumah mempunyai jeriji besi (grill) di tingkap-tingkap dan pintu-pintu. Tetapi yang tidak menggunakan jeriji besi, adalah dinasihatkan anda memasang kunci tambahan di tingkap dan pintu luncur. Ini kerana tingkap dan pintu luncur ini amat mudah sekali untuk dibuka dari luar. Anda boleh memasang sendiri kunci ini dengan mudah dan ianya tidak menelan kos yang tinggi.

8. Membiarkan stor anda tidak berkunci.
Jika anda mempunyai stor di luar rumah, pastikan anda mengunci stor
tersebut kerana di dalam stor anda mungkin menyimpan alat-alat yang
boleh digunakan oleh pencuri untuk memecah masuk ataupun digunakan
sebagai senjata. Kuncilah stor anda sebaiknya.
9. Tiada sistem pengera rumah. Jika anda mampu, anda disarankan menggunakan pengera yang akan berbunyi jika rumah anda dipecah masuk. Ini akan menyebabkan pencuri itu lari kerana panik ataupun memberi amaran kepada jiran-jiran anda.
10. Terlalu mengharap kepada anjing peliharaan. Jika anda membela anjing peliharaan, adalah disarankan anda tidak terlalu bergantung kepada anjing peliharaan untuk menakutkan pencuri. Ini kerana sudah banyak kes di mana anjing diberi makanan yang mengandungi racun. Anjing juga akan berasa takut jika pencuri mempunyai senjata.
Ini adalah antara sebab-sebab utama rumah anda menjadi sasaran pencuri. Diharap maklumat ini dapat membantu anda dalam pencegahan jenayah pecah rumah. Polis tidak semestinya akan sampai ke rumah anda dalam masa yang pantas. Ini kerana polis mungkin sukar mencari rumah anda ataupun jarak balai polis yang jauh dengan rumah anda. Anda juga dinasihatkan supaya berbaik-baiklah dengan jiran anda. Mereka dapat membantu jika apa-apa jenayah berlaku kepada anda dan keluarga anda. Prihatinlah kepada keselamatan rumah anda supaya anda dan orang tersayang selamat dari apa-apa ancaman jenayah.

Category: Pecah Rumah
0 ulasan