http://replika-cctv.blogspot.com/
http://replika-cctv.blogspot.com/ |
http://replika-cctv.blogspot.com/ |
http://replika-cctv.blogspot.com/ |
http://replika-cctv.blogspot.com/ |
http://replika-cctv.blogspot.com/ |
10 Sebab Rumah Anda Dipecah Masuk
Mungkin
agak terlambat untuk kita membincangkan perkara ini memandangkan musim
perayaan terbesar negara kita sudah pun tamat. Tetapi ianya tidak
terlambat untuk kita membincangkan sebab-sebab sesebuah rumah itu
dipecah masuk. Statistik menunjukkan kes-kes pecah masuk semakin
meningkat kerana kealpaan pemilik rumah untuk mengambil langkah-langkah
keselamatan bagi mengelakkan rumah mereka dipecah masuk. Rumah saya
hampir dipecah masuk, tetapi pencuri hanya dapat masuk ke laman rumah
dengan memotong pagar dawai. Tetapi setelah disiasat, rumah tidak ada
tanda-tanda dipecah masuk dan tiada barang yang hilang, termasuk
besi-besi seperti cangkul, kereta tolak dan basikal yang terletak di
luar. Alhamdulillah. Sejak dari itu kami lebih mengambil berat terhadap
aspek-aspek keselamatan rumah kami. Baiklah, di sini saya senaraikan
beberapa sebab rumah anda menjadi sasaran pecah rumah.
1. Menyorokkan kunci pendua. Pencuri kini lebih arif mengenai lokasi-lokasi yang mungkin digunakan oleh tuan rumah seperti di dalam kasut, di bawah alas kaki, di dalam kotak surat dan lain-lain lagi. Sebalikkan anda perlu memberikan kunci pendua kepada jiran atau saudara-mara terdekat yang dipercayai.
2. Memaklumkan di dalam laman sosial mengenai percutian keluarga. Ini adalah satu perbuatan yang kurang bijak. Ini kerana di dalam laman sosial, ramai yang dapat membaca status anda. Mereka akan menggunakan maklumat ini untuk merancang jenayah pecah rumah terhadap anda.
3. Membuang kotak perkakasan elektrik di luar pagar. Perbuatan ini seolah-olah memberitahu orang ramai "Oii.... aku ada tv baru!". Ramai yang berbuat begini, tak tahu la samada nak menunjuk atau malas. Sebaiknya anda koyakkan kotak tersebut dan ikat bersama secara terbalik. Ini bagi mengelakkan orang melihat kotak apakah itu.
4. Meletakkan tangga mudah alih di luar rumah. Pencuri boleh menggunakan tangga ini untuk memanjat atap rumah anda di mana ianya adalah tempat yang paling mudah dipecah masuk. Simpan tangga anda di dalam rumah ataupun stor yang berkunci.
5. Membiarkan rumah anda gelap-gelita. Rumah yang tidak mempunyai pencahayaan luar yang cukup menjadi sasaran kegemaran pencuri. Ini kerana mereka boleh melakukan 'kerja' mereka tanpa dilihat orang jiran tetangga. Ganti mana-mana mentol yang telah terbakar dan terangilah rumah anda dengan lampu-lampu. Jangan kedekut kerana ianya mungkin boleh menyelamatkan rumah anda.
6. Terlalu banyak pokok-pokok yang tinggi/lebat. Rumah yang terlalu banyak pokok-pokok yang tinggi/lebat membolehkan pencuri menyembunyikan diri di celah pokok-pokok tersebut. Seeloknya tanam pokok-pokok pasu ataupun trim pokok-pokok yang ditanam supaya tidak menjadi terlalu tebal.
7. Pintu dan tingkap tanpa ciri-ciri keselamatan. Kebanyakan rumah mempunyai jeriji besi (grill) di tingkap-tingkap dan pintu-pintu. Tetapi yang tidak menggunakan jeriji besi, adalah dinasihatkan anda memasang kunci tambahan di tingkap dan pintu luncur. Ini kerana tingkap dan pintu luncur ini amat mudah sekali untuk dibuka dari luar. Anda boleh memasang sendiri kunci ini dengan mudah dan ianya tidak menelan kos yang tinggi.

8. Membiarkan stor anda tidak berkunci.
Jika anda mempunyai stor di luar rumah, pastikan anda mengunci stor
tersebut kerana di dalam stor anda mungkin menyimpan alat-alat yang
boleh digunakan oleh pencuri untuk memecah masuk ataupun digunakan
sebagai senjata. Kuncilah stor anda sebaiknya.
9. Tiada sistem pengera rumah. Jika anda mampu, anda disarankan menggunakan pengera yang akan berbunyi jika rumah anda dipecah masuk. Ini akan menyebabkan pencuri itu lari kerana panik ataupun memberi amaran kepada jiran-jiran anda.
10. Terlalu mengharap kepada anjing peliharaan. Jika anda membela anjing peliharaan, adalah disarankan anda tidak terlalu bergantung kepada anjing peliharaan untuk menakutkan pencuri. Ini kerana sudah banyak kes di mana anjing diberi makanan yang mengandungi racun. Anjing juga akan berasa takut jika pencuri mempunyai senjata.
Ini adalah antara sebab-sebab utama rumah anda menjadi sasaran pencuri. Diharap maklumat ini dapat membantu anda dalam pencegahan jenayah pecah rumah. Polis tidak semestinya akan sampai ke rumah anda dalam masa yang pantas. Ini kerana polis mungkin sukar mencari rumah anda ataupun jarak balai polis yang jauh dengan rumah anda. Anda juga dinasihatkan supaya berbaik-baiklah dengan jiran anda. Mereka dapat membantu jika apa-apa jenayah berlaku kepada anda dan keluarga anda. Prihatinlah kepada keselamatan rumah anda supaya anda dan orang tersayang selamat dari apa-apa ancaman jenayah.

INFO : Elak perompak hidu rumah kosong
SIBUK merancang persediaan untuk bercuti pada Hari Raya? Pilihan juadah, buah tangan, langsir dan pakaian baru untuk ahli keluarga sudah dibeli. Dalam tempoh kurang daripada 10 hari, mood kebanyakan umat Islam untuk menyambut kedatangan Syawal semakin dirasai.
Tetapi, tunggu dulu! Bagi yang memang merancang untuk pulang beraya di kampung halaman ataupun ke luar negara pada minggu pertama sambutan Aidilfitri, adakah persediaan keselamatan rumah anda sudah diambil kira?
Ketika rumah ditinggalkan tanpa penghuni pada musim perayaan, ia terdedah kepada pelbagai risiko jenayah terutamanya kes dipecah masuk. Walaupun kawasan kediaman anda sudah pun mempunyai khidmat pengawal keselamatan, anda masih ada sebab untuk berasa bimbang.
Rosita Hatim, 39, yang tinggal di kawasan rumah teres di Gombak, Selangor memberitahu, sikap ambil mudah terhadap keselamatan kediaman pada musim cuti di kalangan penduduk bandar masih rendah.
Beliau sendiri pernah terlepas pandang aspek penting itu sebelum balik beraya di Terengganu dan Kedah selama hampir dua minggu pada tahun lepas.
“Saya ingatkan jiran akan tolong tengokkan rumah. Tetapi, saya lupa yang mereka pun bukannya 24 jam berada di rumah. Apabila kembali dari kampung halaman, kami terkejut melihat barangan elektronik di rumah habis dilarikan pencuri,” katanya kepada Kosmo! mengenai kerugian keseluruhan bernilai sekitar RM8,000 itu.
Contoh Rosita ini bukan kes terpencil. Sebaliknya, sebilangan besar kes kecurian berlaku apabila rumah ketiadaan orang pada musim-musim perayaan.
Kesilapan pemilik
Pendek kata, bukannya sukar bagi penjenayah mengesan rumah yang tidak didiami bagi satu tempoh masa tertentu.
Pengerusi kawasan Rukun Tetangga Kampung Malaysia Raya, Mohd. Zainuddin Amran, 48, berkata, terdapat beberapa kesilapan besar yang sering dilakukan pemilik kediaman tanpa disedari.
Meskipun begitu, kesilapan tersebut boleh meninggalkan kesan positif kepada kehidupan pemilik rumah selepas sedikit perubahan dilakukan.
Jelasnya, adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik untuk memastikan kediaman mereka selamat biarpun pada waktu ketiadaan penghuni di rumah.
“Ada beberapa perkara yang masih diamalkan oleh pemilik rumah yang pulang ke kampung halaman atau ke luar negara. Antaranya adalah dengan membiarkan lampu terpasang sepanjang masa selama rumah ditinggalkan.
“Berbeza dengan pendapat umum yang menganggap kaedah itu boleh menyelamatkan harta benda mereka, tindakan itu sebaliknya adalah indikasi terbaik kepada pencuri mengetahui rumah yang ditinggalkan untuk satu tempoh masa,” terangnya.
Saranan lebih baik adalah dengan meminta bantuan jiran yang rapat untuk memasang dan menutup lampu bagi pihak anda untuk memberi petanda bahawa kediaman tersebut sebenarnya berpenghuni.
Untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa kecurian atau kes jenayah musim perayaan yang lain, pemilik mahupun penghuni rumah perlu mengetahui beberapa tip ringkas.
Menghentikan langganan surat khabar atau buletin buat sementara waktu juga satu petua bagi mengelakkan betapa jelasnya sesebuah unit kediaman sudah lama ditinggalkan oleh penghuninya.
Jika tidak pun, bantuan jiran terdekat turut diperlukan dalam aspek ini bagi menolong memungut surat khabar-surat khabar daripada terbiar bersepah di lantai kaki lima atau halaman rumah.
Inisiatif untuk memaklumkan kepada penyelaras Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan anda mahupun kepada jiran terdekat juga disarankan oleh Zainuddin.
PASTIKAN anda telah memaklumkan tempoh ketiadaan anda di rumah kepada Rakan Cop atau Rukun Tetangga.
“Beritahu jiran terdekat yang dipercayai tentang tempoh ketiadaan mereka di rumah. Sekurang-kurangnya, ada juga mata yang akan memerhatikan jika ada keadaan yang mencurigakan di kediaman anda,” tambahnya.
Zainuddin merupakan antara perintis terawal SRS di kawasan Kampung Malaysia Raya sejak tahun 2006. Jelasnya, kediaman yang tidak dipasang dengan sistem penggera keselamatan rumah boleh memanfaatkan program SRS.
Di Kampung Malaysia Raya misalnya, program SRS yang dilaksanakan bersama Jabatan Perpaduan Negara (JPN) itu dijalankan setiap hari dengan bantuan sekitar 30 orang peronda lelaki. Rondaan yang dibuat bermula pada pukul 9 malam sehingga sekitar 4 pagi.
Setiap kali tibanya musim Hari Raya, sekitar 20 hingga 30 peratus penghuni daripada sejumlah 300 buah rumah akan kembali beraya di kampung halaman.
Pada ketika inilah, borang pemberitahuan tentang ketiadaan pemilik rumah sepanjang tempoh tertentu akan diedarkan kepada penduduk kampung. Semenjak SRS dilaksanakan di kampung tersebut, belum terdapat laporan mengenai kejadian kecurian.
“Biasanya, SRS akan mengedarkan borang yang boleh dimuat turun daripada laman E-Group. Tetapi, bila sampai musim raya, kami akan edarkan borang khas,” katanya sambil menggalakkan penubuhan SRS di setiap kawasan kediaman yang memerlukannya.
Simpan kunci
Jika selama ini sesetengah pemilik kediaman suka meninggalkan set kunci simpanan berdekatan dengan tempat letak kasut atau diselit bawah tikar pintu, pastikan perbuatan itu tidak lagi dilakukan!
Suri rumah sepenuh masa, Faridah Razak, 26, pernah terlupa untuk menyimpan kunci simpanan itu di tempat selamat sebelum kembali beraya di Melaka.
Kecuaian yang sedikit itu telah membawa padah kepadanya. Sejurus tiba di rumah selepas beraya selama seminggu di kampung, dia mendapati kediamannya dalam keadaan berselerak kerana digeledah pencuri.
Hendak menyesal pun tidak berguna lagi. Jelas, kejadian tersebut menjadi pengajaran berharga yang tidak mungkin akan diulangi Faridah.
Insiden itu merupakan antara contoh kes kecurian klasik apabila kesilapan berpunca daripada pemilik yang cuai.
Aktivis keselamatan daripada Pasukan Penyelamat dan Bomba Sukarelawan Malaysia, K. Balasupramaniam pula berkata, mekanisme keselamatan rumah yang utama adalah memastikan pintu pagar diketatkan dengan pengapit pagar (gate clamp).
“Mangga pintu gril mudah dipotong. Lebih baik gril itu diketatkan dengan pelindung mangga (padlock protector). Bagi kediaman yang tidak dipasang dengan sistem penggera, anda boleh dapatkan D.I.Y Entry Alarm.
“Sistem penggera D.I.Y ini boleh dipasang untuk mana-mana pintu atau gril manakala pintu gelongsor (sliding) pula sesuai dipasang dengan penggera getaran (vibration alarm),” katanya.
Rumah jiran kena pecah masuk...
Jadi aku search lah kt internet camne dorang bukak...
Guna Spanar 10 pecah solex
Kalau yg lagi professional dorang guna alat
nie..rasanya kt oversea atau ebay je kot ada jual...lelong dot com tak
tau ada ke tak hahaha....
Sebelum nie pernah dengar guna pemotong je mcm kt bawah nie..
Guna cutter pemotong besi
Gunakan Cutter Potong Tangkai Solex... Ni cara paling senang paling cepat... Tolong cari solex yang anti cutter punya yerr...
Tolonglahh jangan pakai solex RM10.. solex beli kat Giant, ke Tesco ke
jenis Cap Ayam ke... yang dapat 3 ketul dalam 1 bungkus RM 15 dan ade
gak 10 ketul RM 25 pun ade. anak kunci suma sama.
So pas kejadian tu kami pun g kedai kunci so
beli lah kunci yg lagi mahal..harga dalam RM155..tukang kunci ckp dia
pun tak leh bukak woo..jgn bagi hilang kunci woo...
Biarlah kita buat pelaburan yg tinggi sikit
untuk jangka panjang...semoga entry ni dpt memberi peringatan kpd kita
semua ye..renung2 kan dan selamat beramal hehe...
Kredit : http://kumbangjingga.blogspot.com
Pecah Masuk Rumah pengalaman mengerikan
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, kes pecah masuk rumah semakin menjadi-jadi dengan aksi yang semakin berani. Kes terbaru seorang lelaki gila seks telah memecah masuk rumah untuk mencuri pakaian dalam tetapi malang tersilap langkah apabila rumah yang dimasuki adalah milik seorang anggota polis. Kes yang lain rumah ibu kepada Wakil Rakyat Balik Pulau, Pulau Pinang telah dipecah masuk jam 4.00 am dan berjaya melarikan barangan berharga dan wang tunai. Sebelum itu 5 lelaki Indonesia diberkas kerana pecah rumah kerabat Di Raja Selangor.Gambar Hiasan |
Apa perasaan kita apabila membaca berita penjenayah pecah masuk rumah sehingga ada yang dirogol dan terkorban? Pecah masuk rumah pengalaman mengerikan kepada yang pernah melalui. Mungkin tidak terasa sangat sehingga terkena batang hidung sendiri seperti kami.
Suboh 12/7/2012 tidur nyenyak kami sekeluarga diganggu. Aku, isteri dan anak perempuan bongsu sedang tidur di bilik dikejutkan oleh beberapa lelaki bertopeng. Seorang lelaki sedang bersedia mengikat tangan aku dengan dawai hijau manakala seorang lagi sedang bersedia mengikat tangan isteri dengan wayar iPhone. Seorang lelaki menghulurkan pisau daging sambil meminta kami diam dan katanya mereka hanya nak duit sahaja. Daripada bahasa yang dipertuturkan sangat jelas loghat Indonesia tetapi bukan Jawa atau Padang atau Aceh mungkin bahasa Flores.
Aku, isteri dan anak perempuan bongsu terbaring dikatil dikelilingi beberapa lelaki yang sedang mengeledah almari pakaian dan almari solek. Aku terfikir apa yang terjadi kepada anak perempuan 14 tahun dan anak lelaki 9 tahun yang tidur di bilik bawah. Ketika itu aku sudah mengambil keputusan untuk tidak melawan kerana nyawa keluarga lebih bernilai daripada segala barang dan wang tunai. Di dalam hati aku terdetik ini sebagai ujian daripada ALLAH SWT di atas apa juga ke khilafan aku sebagai hamba Allah. Lega rasanya apabila anak perempuan aku dibawa masuk ke bilik dengan tangan terikat juga.
Dalam bilik aku memang tak ada banyak barang berharga. Salah seorang penjenayah agak marah dan bertanya di mana emas. Beliau menarik isteri dan dibawa untuk menunjukkan tempat simpanan emas dengan seorang penjenayah berdiri di samping aku. Isteri aku bukanlah seorang yang begitu minat dengan emas jadi memang tak ada banyak simpanan emas. Setelah beberapa minit isteri aku dibawa masuk kembali ke bilik. Selang beberapa minit penjenayah itu beredar dari bilik aku sambil meminta aku untuk tidak berbuat apa-apa kalau nak anak lelaki aku yang masih di bawah selamat. Setelah merasa penjenayah sudah keluar aku membuka ikatan tangan isteri dan anak perempuan dan terus turun ke bawah untuk melihat anak lelaki. Anak lelaki aku sedang tidur nyenyak lansung tidak sedar kejadian yang berlaku.
Anak perempuan aku yang pertama melihat 5 lelaki Indonesia masuk melalui dapur kerana kebetulan ketika itu jam locengnya berbunyi. Isteri aku cakap punyalah gembira penjenayah sampai mengigil-gigil memasukan duit yang mereka perolehi. Harap-harap mereka tak kecewa kerana duit yang mereka ambil itu adalah gabungan duit Rupiah, Yuan, Hong Kong Dollar, Singapore Dollar, USD, Euro dan paling banyak duit Republik Czech yang semuanya dalam dominasi kecil. Selain daripada wang tunai mereka rembat barang kemas, paling mahal koleksi jam tangan aku dan isteri dan semua tujuh biji berbagai jenis smart phone, tiga buah laptop termasuk yang terbaru ultrabook kesayangan Toshiba Portege Z830.
Walaupun berbagai barang berharga hilang syukur kepada ALLAH SWT kerana tiada yang cedera atau dicabul sebagaimana yang berlaku pada yang lain. Harta benda boleh dicari tetapi nyawa tiada nilainya. Hari ini kami dihukum ALLAH SWT kerana kesilapan kami tetapi pasti suatu hari nanti ALLAH SWT akan menghukum penjenayah dengan hukuman yang lebih dahsyat.
Teman bangsa Cina selalu ingatkan aku supaya simpan sedikit wang tunai di rumah jadi kalau berlaku pecah rumah penjenayah tidak akan beraksi agresif kerana mereka mendapat apa yang mereka nak. Penjenayah selalu akan bertindak kejam dengan mencederakan tuan rumah atau mencabul apabila tidak mendapat wang atau barang berharga setelah bersusah payah memecah masuk rumah. Lagi satu tips jangan berlagak hero melawan hanya kerana nak meyelamatkan beberapa belas atau puluh ribu ringgit. Nyawa lebih bernilai dari segala-galanya.
Terima kasih kepada semua kaum keluarga dan rakan-rakan yang mengucapkan simpati dan menziarahi kami. Siapa kata tiada teman semasa susah! Doakan semuga isteri yang masih phobia sehingga tidak dapat tidur malam pertama selepas kejadian supaya dapat melalui masa susah ini dengan tenang.
Panduan Elakkan Rumah Dari Diceroboh Masuk
Di bawah ini adalah sebahagian ilmu yang ingin penulis berkongsi dengan anda semua... Anggaplah ia sebagai ilmu yang mungkin berguna kepada anda satu masa nanti.Selain keselamatan negara, para perisik seluruh dunia juga perlu mengambil kira kawalan keselamatan terhadap rumah mereka. Penulis ingin berkongsi maklumat berkenaan perkara di atas bersama pembaca dan dianggap relevan walaupun anda bukan perisik...
Sesiapa sahaja yang cuba menjejak anda sebagai perisik akan mengetahui pada satu masa anda perlu pulang ke rumah dan anda boleh dijumpai di rumah anda sendiri. Rumah adalah tempat anda berehat dan kebarangkalian anda kurang berhati- hati ketika itu adalah tinggi. Di rumah anda juga tersimpan segala maklumat, dokumen atau sebarang rahsia yang boleh mendedahkan identiti anda sebagai perisik kepada mana- mana organisasi perisikan.
Di rumah juga tempat anda bersama insan yang tersayang. Sentiasa beringat dan sentiasa mengambil kira gerak hati dan naluri anda. Sementara itu cuba berfikir tentang perkara berikut:-
1. Cuba mendapatkan khidmat anjing pengawal yang cerdik. Sebaiknya 2 ekor untuk menjaga rumah anda. (Kalau tak sanggup.. kena upah ler bodyguard yang cerdik- yang guna otak)
2. Jika anda layak, sebaiknya anda menyimpan senjata api yang mudah dikendalikan. Kayu pemukul baseball adalah pilihan lain yang terbaik.
3. Membina bilik keselamatan (panic room) di dalam rumah anda. Pastikan ia dapat bertahan selama 10 minit dan anda juga boleh mengaktifkan sistem penggera penceroboh dari dalam bilik ini. Talian telefon juga perlu tersedia di dalam bilik ini bagi memudahkan anda menghubungi pihak berkuasa.
4. Sekiranya tidak digunakan pastikan kenderaan anda terkunci di dalam garaj yang bertutup.
5. Sentiasa mengunci garaj kenderaan anda dan pastikan ia dilengkapi dengan sistem penggera.
6. Pasangkan CCTV dan merekodkan segala aktiviti disekeliling kawasan rumah anda.
7. Pastikan anda memasang sistem penggera yang paling bising bunyinya.
8. Pasangkan mangga di semua pintu sebagai kunci tambahan.
9. Pasangkan jeriji besi disemua tingkap dan pintu rumah anda.
10. Lindungi kawasan yang mudah dimasuki atau tingkap dengan sistem pengesan dari jenis magnetic contacts atau pengesan pecah cermin.
11. Jangan tinggalkan kunci bersepah- sepah di dalam rumah anda. Gunakan kotak penyimpan kunci yang bertutup. Anda juga perlu mengetahui siapa selain anda yang menyimpan kunci rumah anda.
12. Pasangkan langsir yang tidak telus cahaya disemua tingkap anda. Ini bagi mengelakkan penembak dari membunuh anda di malam hari dari luar rumah anda.
13. Pasangkan lampu yang terang disekeliling rumah anda terutama di kawasan yang sangat gelap.
14. Pastikan lampu terpasang di malam hari walaupun semasa ketiadaan anda di rumah.
15. Dapatkan lampu limpah yang boleh dikawal dari dalam rumah.
16. Simpan lampu kecemasan seperti pelita atau lampu picit di tempat yang mudah dicapai semasa terputus bekalan elektrik.
17. Membina jalan masuk atau keluar yang sukar kepada penceroboh seperti tembok atau pagar yang tinggi disekeliling rumah anda.
18. Tanggalkan sebarang nama anda atau nombor rumah dari peti surat rumah.
19. Jangan membuka pintu secara tiba- tiba jika ada tetamu. Pastikan terlebih dahulu siapa yang mengunjungi ke rumah anda.
20. Letakkan rantai pintu dipintu rumah anda sebagai langkah keselamatan tambahan.
21. Minta kad pengenalan atau kad pekerja sekiranya orang tidak dikenali (contoh pembaca meter) memasuki kawasan rumah anda. Anda boleh menyemak dengan syarikat umpama Syarikat Air atau elektrik mengenai kekerapan bacaan meter diambil.
22. Jangan meninggalkan rumah anda semasa orang tidak dikenali berada di kawasan rumah anda.
23. Sentiasa mengunci tingkap dan pintu rumah anda semasa keluar rumah walaupun untuk seketika.
24. Memberitahu rakan anda supaya menelefon anda terlebih dahulu sebelum mereka datang ke rumah anda.
25. Layan semua tetamu terutama yang datang waktu lewat malam sebagai tetamu yang mencurigakan.
26. Sekiranya anda meninggalkan rumah anda bagi satu tempoh yang lama, pastikan batalkan semua langganan harian seperti surat khabar.
27. Meminta bantuan jiran anda yang boleh dipercayai untuk mengosongkan peti surat anda setiap hari semasa ketiadaan anda di rumah.
28. Jangan memberitahu sesiapa pun tentang kerja anda atau maklumat berkenaan pemergian anda.
Persediaan adalah kunci kepada perlindungan keselamatan kepada diri dan keluarga anda. Tetapi anda tidak boleh hidup di dalam ketakutan. Simpan dokumen atau benda penting dalam peti keselamatan yang ditempatkan di lokasi rahsia di dalam rumah anda.
---------------------------------------------------------
DUMMY CCTV NAMPAK REAL
Dome Fake/dummy Security Camera with a Flashing Red LED
Geng Botak pecah rumah ditumpaskan
KUALA LUMPUR: Tiga anggota "Geng Botak" yang aktif menjalankan kegiatan pecah rumah di sekitar kawasan Ampang Jaya, Cheras dan Kajang ditahan di sebuah apartmen di Jalan Pasar Baru, Pudu, yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu, dua hari lalu.
Ketika ditahan sepasukan polis dalam serbuan kira-kira 6.15 petang itu, tiga suspek dalam lingkungan 38 hingga 55 tahun termasuk ketua kumpulan yang dikenali sebagai "Botak" itu sedang menyusun barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah pecah rumah.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan hari ini, berkata kumpulan itu bergiat aktif menjalankan kegiatan jenayah mereka pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang dengan mensasarkan rumah yang tidak berpenghuni.
Siasatan juga mendapati modus operandi yang digunakan kumpulan itu ialah dengan menaiki dua kenderaan pada satu-satu masa ketika menjalankan kegiatan memecah sesebuah rumah.
"Suspek akan berkomunikasi antara satu sama lain dengan satu kumpulan akan masuk ke dalam rumah manakala satu lagi kumpulan akan menjadi pemerhati di luar," katanya di sini.
Abdul Jalil berkata, siasatan terhadap ketiga-tiga suspek mendapati mereka mempunyai rekod jenayah dan dikategorikan sebagai penjenayah tegar, dengan dua daripada mereka juga berada dalam senarai individu yang dikehendaki atas kesalahan memiliki senjata api.
Beliau berkata, ketika ditangkap, geng itu dipercayai baru selesai memecah masuk tiga rumah termasuk sebuah di Ampang.
Kebiasaannya, geng itu akan memecah masuk sebanyak empat rumah dalam sehari, katanya.
Beliau berkata, siasatan ke atas apartmen itu mendapati ia menjadi tempat persinggahan dan pertemuan geng terbabit selain dijadikan markas menyimpan barangan hasil pecah rumah itu.
Ketika serbuan, katanya, polis menemui sejumlah besar barangan dan dokumen berharga bernilai hampir RM200,000 seperti telefon bimbit, kamera, jam tangan, pemain DVD, alat permainan elektronik, hamper, pasport antarabangsa, buku bank, kad kredit, kad ATM dan kad Touch N Go.
Selain itu, pelbagai jenis kunci motosikal dan rumah serta dua buah kenderaan membabitkan Toyota Vios dan Waja, yang dilaporkan dicuri masing-masing di Pandan Indah dan Kajang, tiga keping plat nombor pendaftaran kenderaan palsu dan dua set walkie-talkie di dalam kenderaan terbabit, turut dirampas.
Abdul Jalil berkata, rumah terbabit disewa sepasang suami isteri berusia antara 30 tahun hingga 40 tahun yang juga dipercayai ahli geng terbabit dan polis kini telah melancarkan gerakan bagi memburu dua lagi suspek itu.
Beliau berkata, tiga suspek itu ditahan reman tiga hari bermula semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara 14 tahun dan denda. - Bernama

Sekadar Gambar Hiasan : Tiada Kena Mengena Langsung! |

“Turut dirampas ialah pelbagai peralatan yang digunakan untuk kegiatan pecah rumah seperti spanar mati, playar, pahat, besi pembuka tayar, gergaji besi dan pengikir besi,” katanya.
Selain itu, pelbagai jenis kunci motosikal dan rumah serta dua buah kenderaan membabitkan Toyota Vios dan Waja, yang dilaporkan dicuri masing-masing di Pandan Indah dan Kajang, tiga keping plat nombor pendaftaran kenderaan palsu dan dua set walkie-talkie di dalam kenderaan terbabit, turut dirampas.
Abdul Jalil berkata, rumah terbabit disewa sepasang suami isteri berusia antara 30 tahun hingga 40 tahun yang juga dipercayai ahli geng terbabit dan polis kini telah melancarkan gerakan bagi memburu dua lagi suspek itu.
Beliau berkata, tiga suspek itu ditahan reman tiga hari bermula semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara 14 tahun dan denda. - Bernama
Jangan Beli Padlock Murah Kalau Tak Nak Rumah Dimasuki Pencuri
Menjelang hari raya yang bakal tiba ramai
perantau sudah berkira-kira untuk pulang ke kampung. Kemeriahan raya
suadah terbayang di ruang mata. Orang-orang tersayang, juadah buatan
tangan ibu dan suasana riuh rendah akan sentiasa bermain di minda.
Namun aspek keselamatan rumah perlu diutamakan.
Dalam sibuk kita meraikan hari lebaran ada pula segelintir manusia
bermaharajalela dan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah pecah
rumah. Sebenarnya kebanyakan jenayah pecah rumah berpunca daripada
sikap tuan rumah yang tidak menutup sepenuhnya ruang dan peluang serta
benteng pertama pertahanan kita kepada tukang pecah rumah.
Umpamnaya ramai daripada kita tidak sedar atau
tidak tahu atau tidak mengambil berat tentang jenis padlock yang
digunakan. Umpamanya penggunaan padlock di atas sangat menbantu tukang
pecah rumah untuk memecah rumah anda tidak sampai dalam masa 30 saat.
Padlock seperti gambar di atas meninggalkan ruang yang besar antara
padlock dan telinga ensel apabila di kunci.
Tukang pecah rumah yang profesional hanya perlu memasukkan muncung skrewdirver ke dalam ruang padlock tersebut dan memusingkan skrewdriver tersebut sehingga mampu mematahkan telinga ensel dalam masa yang sangat singkat. Inilah apa yang diberitahu oleh pakar analisis jenayah Kamal afendi dalam rancangan dialog di tv1 tadi.
THAIVEEGAN (tengah) menunjukkan sepucuk pistol yang dirampas daripada lima suspek kes pecah rumah di Balai Polis Seri Kembangan semalam.
Mereka yang dikenali dengan gelaran Geng Ah Soon mengambil upah membaiki rumah mangsa dan pada masa yang sama memerhatikan selok-belok rumah itu sebelum dipecah masuk.
Ahli kumpulan yang berusia antara 28 hingga 43 tahun itu menyewa sebuah rumah di Taman Sungai Besi Indah di sini dan ia dipercayai menjadi lokasi intipan dan markas merancang jenayah.
Namun, kegiatan yang dilakukan sejak setahun lalu dengan diketuai seorang lelaki yang masih bebas dikenali sebagai Ah Soon terbongkar selepas polis menahan mereka di rumah sewa tersebut pada Rabu lalu.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, polis berjaya menjejaki kumpulan itu selepas menerima maklumat mengenai tiga kejadian pecah rumah di Taman Bukit Serdang dekat sini.
“Kumpulan itu dipercayai aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar Serdang, Kajang dan Cheras dengan memilih waktu awal pagi ketika penghuni rumah keluar berjoging.
“Kita mengesyaki sebelum melakukan jenayah itu kesemua suspek mengambil dadah jenis syabu bagi menghilangkan rasa takut,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Seri Kembangan di sini semalam.
Source: Kosmo